Thursday 20 June 2013

Remaja...


Assalamualaikum….
Allahuma Solli’ Ala Sayidina Muhamad

“Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah (Fahishah) suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”  (Surah Al-Isra, ayat 32)

                Berdasarkan firman Allah diatas, zina merupakan suatu dosa yang sangat besar dan keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang. Menurut Ibn Kathir dalam tafsirannya arahan ini bermaksud “Jangalah kamu mendekati apa-apa jua perkara atau pentebab yang berkaitan dengan zina  kerana ia akan mendorong kepada perlakuannya.

                Antara punca yang mendorong perlakuan zina ialah pergaulan bebas, menonton video lucah yang menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya. Fahishah menurut ahli bahasa ialah perbuatan maksiat yang sangat buruk lagi hina.  Dalam ayat ini, zina disifatkan sebagai seburuk-buruk jalan kerana menyebabkan orang yang melakukanya masuk ke dalam neraka.

                Semasa peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang dihadapan mereka diletakkan sebiji piring berisi daging yang membangkitakan selera manakala sebiji piring berisi daging busuk. Mereka lebih gemar memakan daging busuk tersebut dan langsung tidak memakan daging yang elok tersebut. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail bahawa mereka tergolong dalam kalangan orang suka berzina.

                Menurut al-Qurtubi, zina memberikan impak yang negatif. Antaranya ialah muncul rasa permusuhan kerana si penzina dipandang sebagai musuh oleh kaum kerabat wanita itu, tersebarnya pelbagai penyakit berbahaya dan memudaratkan umat manusia dan berlaku kekeliruan dalam nasab keturunan.

                Katakanlah wahai hamba-Ku yang mealampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Surah Al-Zumar, ayat 53).

Sebanyak mana pun dosa yang dilakukan oleh kita, jika kita benar-benar insaf akan kesalahan kita dan bertaubat nasuha, nescaya Allah akan menerima taubat kita.

                Biasanya, zina bermula daripada mata dan kemudian jatuh ke hati. Apabila sudah jatuh ke hati, itu alamat cinta sudah mula berputik. Dan jika tidak ditapis dengan iman, si pencinta boleh terjebak dalam kancah zina. Salah satu cara untuk mengelakkan zina ialah memotivasikan diri. Bercintalah dengan sahabat sendiri( sesama jantina). Biasakan diri dengan berdoa dan bergaullah dengan alim dan ulama.

                Setakat ini saja perkongsian untuk kali ini. InshaAllah, sekiranya diberikan peluang untuk berjuang di medan dakwah ini, kita akan bertemu lagi di lain lembaran. Sebelum menutup perkongsian kali ini. bersama-samalah kita memperbetulkan niat kita. Jangan semua perbuatan yang kita lakukan hanya untuk meraih pujian ataupun sanjungan daripada manusia, sebaliknya berniat kerana Allah.


~Allahuma Solli ‘Ala  Sayidina Muhamad~

No comments:

Post a Comment