Friday 4 July 2014

Aku, Mereka dan Usrah ( BAB 2 : NAQIB OH NAQIB )


“ John, bila kita mau buat usrah nie ? ” soal Nidzam.

“ Aku tu, bila – bila jak. Kan kau naqibnya.” Jawabku dengan menghadiahkan sebuah senyuman yang menawan.

“ Amboi, banyak hensem rupa kau. Kau lah yang jadi naqib bha. Kau boleh tu. Nanti aku sokong jak kau dari belakang, hehehe” Nidzam mencuba nasib dengan meminta aku untuk menjadi naqib.

“ Tak mahulah. Jadi ahli usrah pun aku tak pernah, macam mana mahu jadi naqib?” Soalku kepada Nidzam.

“ Alah, boleh tu. Nanti kau belajarlah dari Pakcik Google. Hahaha” Jawab Nidzam

“ Hahaha, kau gilakah? ” Lawak yang agak menjadi daripada Nidzam.

“ Hahaha. Orang bergurau jak pun. Nanti Aku ajar kau pasal usrah sikit – sikit. Nanti kalau ada kau tak faham, kau tanya saja dengan si Nadjar atau Fikri. Mereka berdua tu lagi arif dari aku mengenai usrah nie ” Jawab Nidzam

“ Tengoklah macam mana. ” jawapan yang ringkas daripadaku.

            Terdetik juga di hati untuk menyambung kembali usrah yang terhenti sejak berapa tahun di sekolah. Usrah muslimat pun sudah mula bergiat aktif sejak dua tahun yang lalu. Masa itu, aku dan sahabat yang lain berada di tingkatan Lima. Sekarang kami di Tingkatan Enam Atas. Mengapa perlu Aku yang mereka harapkan untuk meneruskan meghidupkan usrah kembali. Untuk menyambung kembali perjuangan senior – senior yang pernah menghidupkan usrah di sekolah. Untuk dibandingkan aku dan mereka berempat, memang tak dapat dinafikan lagi, mereka lagi layak. Hanya mampu untuk mendiamkan bila mereka berbicara mengenai usrah.

“ John, kau tak pergi suraukah? Rehat sudah ini. ” Nadjar mengajakku untuk ke surau bersama- samanya. Seperti biasa, dia memang rajin solat Dhuha. Aku menuruti ajakannya memandangkan tiada kerja yang aku lakukan pada waktu itu. Selepas selesai menunaikan solat Dhuha, rutin harian kami adalah berbicara mengenai hidup masing – masing. Jadi, memang tak hairanlah kenapa kami begitu rapat.

“ John, bila kamu mahu buat usrah ini ? Lama sudah ni kita rancang, tapi belum dibuat lagi. Tinggal beberapa bulan lagi kita di sekolah ni. ” Soal Nadjar kepadaku.

“ Aik, jangan tanya aku. Tanya si Nidzam, dia yang handle, bukan Aku. ” Balasku

“ Si Nidzam cakap kau yang handle , bukan dia. ” Jawabnya

“ Bukanlah, dia tu yang handle, bukan aku.”

“ Mana – mana jak la. Tapi aku setuju juga dengan si Nidzam, kalau kau yang jadi naqib.”

“ Tak mahulah. Tak sesuai Aku jadi naqib, kamu lagi sesuai dari aku. Apa saja yang ada dengan Aku  ini. Apa yang aku ada, kau dan Nidzam pun ada. Jadi, ringkasnya kau dan si Nidzam lagi sesuai berbanding aku. Lagi lengkap pakej kamu dari aku. Hehehe”. Balasku

“ Merepek sak kerjamu nie John. Aku nampak kau ada sesuatu yang aku, nidzam, dan geng yang lain tiada ada. Sebab itu, kami harapkan kau untuk kendalikan usrah muslimin sekolah kita. ”  Mendengar jawapan daripada Nadjar, menyebabkan sel –sel otakku saling berhubung, memikirkan apa yang dimaksudkan olehnya.

“ John, kau mudah rapat dengan orang. Meskipun orang itu kau tidak kenal, kalau kau bercakap dengan mereka, seolah – olah macam kau sudah lama kenal dengan orang itu. Itu yang kelebihan yang  kau ada. Berbanding kami ini, tak sampai tahapmu lagi. Lagipun kau ada kemahiran untuk memimpin. Biarpun tak sehebat orang lain, tapi bolehlah, diiktiraf sudah oleh orang sekeliling yang rapat dengan kau.” Nadjar menyatakan pendapatnya mengenai diriku. Aku cuma mampu terdiam mendengar pendapatnya.

“ Habis sudah waktu rehat. Jomlah masuk kelas, nanti lambat lagi kita masuk kelas.” Aku cuba mematikan perbualan kami.

“ Isshh, budak ini, orang serius bawa dia berbincang, tukar topik dia.” Rungut Nadjar.

            Usai solat Isyak, datang pula niat untuk menghubungi sahabat yang berada menyambung pengajian selepas semester dua berakhir, Faidzal.“ Assalamualaikum sahabatku yang dirindui. Apa khabar ?Macam mana dengan tempat belajar yang baru ? Satu pesanan ringkas dihantar kepadanya.

Beberapa minit kemudiaan, “ Wa’alaikumsalam, alhamdulilah, khabar baik John. Kau pula apa khabar ?” Sesi berbalas mesej pun bermula. Dipendekkan cerita, Faidzal juga turut memberikanku nasihat mengenai usrah. Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Muhammad, ayat 7, “ Wahai orang – orang beriman, kalau membela ( agama ) Allah nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai kemenangan ) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”  Sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan untuk berjuang dijalanNya.  


Keesokan paginya…

“ Nidzam, bila kita mahu mula usrah nie ? ”

“ Aik, apa mimpimu nie tiba – tiba tanya pasal usrah ?, ” usik Nidzam.

“ Jawab saja bha, ndah payahlah kau tanya banyak ? ” Balasku.

“ Manada naqib kita. Bukan kau setuju pun mahu jadi naqib.”

“ Eyalah bha. Kita buatlah usrah. Biarlah aku yang jadi naqib, dengan syarat kau ada setiap kali kita buat usrah. Macam mana, setuju ? ” Aku meletakkan syarat sebelum menjadi naqib. Sepatutnya aku tidak meletakkan syarat sebegitu sebab menjadi naqib perlu atas kerelaan diri sendiri, namun disebabkan kurang percaya dengan diri sendiri pada masa itu, menyebabkan aku meletakkan syarat untuk menjadi naqib.


“ Tiada masalah bha. Aku setuju jak. Kita mula dua minggu dari sekarang. Sementara itu, kita kena siapkan diri untuk usrah. Menyambung semula perjuangan yang terhenti di sekolah kita ini.” Nidzam bersetuju dengan syarat yang aku kemukakan. Persediaan perlu kami lakukan untuk memastikan usrah yang dihidupkan semula berjalan dengan lancar pada hari yang dinantikan.



                   bersambung...