Saturday 8 June 2013

Aku, Dia Dan Sahabat (Bahagian Akhir)

“ Juhair, aku nampak si Dia tadi. Aku tengok macam dia mahu mendaftar masuk Tingkatan Enam ja.” Aku tersentak dengan kenyataan yang disampaikan oleh Furqan sebentar tadi. Terdetik di hatiku bahawa Furqan tidak main-main dengan Aku. Aku kenal sangat dengan Furqan. Dia seorang yang serius, terutamanya kalau diberikan amanah. Fahim pun mengatakan perkara yang sama kepada Aku. Masakan mereka berdua mahu mengenakan Aku pula. Seingat Aku, Si Dia pernah berkata yang Dia tidak dibenarkan masuk Tingkatan Enam kerana ibubapanya tidak membenarkan. “Nah, angau la c Juhair balik. Jaga-jagalah kita semua..ehehe”, Muslim cuba menyakat Aku pula. “ Merepek ja kerjamu. Sudah aku delete dia dalam hati ku ni, masuk recyle bin lagi.” Aku cuba mempertahankan diriku. “Ek’eleh…boleh di restore bah balik kalau masuk recyle bin.” Giliran Mukmin pula yang menyakat Aku. “Makin dilayan, makin menjadi-jadi tau kamu dua ni.” Selepas Aku berkata begitu, tiba-tiba Aku, Furqan, Fahim, Mukmin dan Muslim tergelak besar. “ Aina, sejak bila geng Imam Muda ni pandai buat bising”, tegur seorang sahabat muslimah dikelasku. Kami hanya mampu tersenyum tetapi senyumku bukan disebabkan teguran mereka, tetapi terkenang Si Dia yang bakal memasuki sekolah kami semula. Setelah beberapa bulan kami tidak bertemu.

            Entah kenapa perasaan marah, kecewa dan sakit hati digantikan dengan perasaan gembira dan teruja sebaik sahaja mendengar  berita mengenai kemasukan Si Dia untuk belajar di Tingkatan Enam Bawah. Sukar untuk digambarkan betapa gembiranya Aku dapat bertemu sekali lagi dengan Dia.  Nur pun pernah bertanya kepadaku, adakah Dia akan memasuk Tingkatan Enam. Sambil tersenyum aku berkata, “ tak tau la Nur, bukan Aku jaga dia pun.” Nur cuma tersenyum bila mendengar jawapan yang Aku berikan.  Apa yang pasti Aku gembira dia masuk tingkatan Enam..:)

            “Shahz, macam mana dengan pendaftaran Tingkatan Enam di sekolah kamu.? Ramaikah yang mendaftar.?” Soalku kepada Shahz. “ Bolehlah, ramai lah juga…dalam lingkungan 60-70 orang begitu.” Jawap Shahz.  “Shahz..si Dia masuk tingkatan Enam juga..aku dapat tahu dari si  Furqan,” Sekali lagi aku memulakan perbualan di antara Aku dan Shahz setelah beberapa ketika suasana senyap. “ Bah..betul bah..? Ada juga kau jumpa Dia..?”  Shahz bertanya pula kepadaku. “ Eya bah..betul la, takkanlah aku mau tipu kau. Tapi tiada pula aku jumpa dia masa pendaftaran, kan masa pendaftaran, kami ada kelas.” Shahz tersenyum mendengar jawapan yang aku berikan. Tepat pukul 9.00 malam, Aku dan Shahz pun balik ke rumah masing-masing.

            Entah kenapa, sejak beberapa hari ini, Aku asyik memikirkan Si Dia. Aku takut perkara yang lama akan berulang kembali. Berperang dengan perasaan sendiri, bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi perasaan itu hadir kerana diri yang alpa ini menjemputnnya. Lantas tangan ini dengan cepat menyambar telefon  yang berada disampingku. Aku perlu meminta nasihat daripada sahabat-sahabatku yang lain. Namun Aku terfikir, siapakah yang masih bangun tengah-tengah malam ini. Pasti ramai sahabatku yang telah pergi mengembara di Alam Mimpi. Entah kenapa tiba-tiba aku terfikir untuk mencari dua orang sahabatku yang mungkin berada di laman sosial. “Mungkin ada di antara mereka berdua yang belum tidur lagi.” Aku berbicara dengan diri sendiri. Selepas dapat mengakses ke laman sosial tersebut, iaitu Facebook , Aku mula mencari nama mereka berdua, Shahz dan Ayubi. Hampa. Nampak mereka pun tidak online juga. Mungkin sudah menyertai sahabat-sahabatku yang lain, mengembara di Alam Mimpi. Jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Ketika aku hendak logout  daripada facebook , tiba Ayubi menyapa aku. Di saat itu, Aku bersyukur sangat, masih ada lagi sahabatku yang masih belum tidur.

“ Assalamualaikum bang Juhair.?”

“Wa’alaikumusalam Ayubi. Belum tidur lagi.?”

“emm..belum lagi Bang, baru habis menghias blog tadi. Nampak Abang online ..teringin pula mahu mengacau…ehehe.”

“ Memang kalau budak kecil, kuat bermain..ahaha”

“ Eyalah tu Bang. Abang ni kenapa belum tidur lagi.?”

“ Emm, Abang tengah fikirkan sesuatu ni. Sejak dari pagi lagi. Ehehe..”

“ Ek’eleh, beranganlah. Sudah-sudahlah bang oi, perkara lama usah dikenang lagi, nanti luka lama berdarah kembali. Ahahaha.”

“Cakap memanglah senang, tapi yang merasakannya, Abang sendiri.”

“ Abang, Ayubi bukan apa, tapi Abang masih ingat lagikah janji apa yang dulu. Berusaha untuk memperbaiki diri. Cuba untuk mendapatkan Cinta Allah dan RasulNya. Abang cakap hidup ini untuk mencari redhaNya..”

“Betullah, tapi macam mana Abang mahu hilangkan hilangkan perasaan ini. Abang takut, lama-kelamaan akan menjadi zina hati pula. Abang takut perasaan rindu terhadap Si Dia akan melebihi rasa rindu abang terhadap Allah dan Rasulullah.”

“ Abang, perasaan tu siapa yang anugerahkan.? Allah kan.? Jadi dengan siapa kita patut curahkan rasa cinta dan rindu kita.? Tentulah kepada Sang Khaliq dan Rasulullah. Tidak salah kalau kita cinta dan rindu kepada makhluk ciptaanNya, tapi jangan sampai melebih rasa cinta dan rindu kita kepada Allah dan Rasulullah.”

“Betul apa yang Ayubi cakapkan. Abang terlalu memikirkan perasaan Abang sendiri tanpa disandarkan kepada Allah dan Rasulullah. Emm, Ayubi rasa apa yang Abang patut buat sekarang.?”

“ Abang pergi ambil wuduk dan cuba solat sunat, minta petunjuk dengan Allah. Lepas tu, jangan fikirkan lagi pasal Si Dia, buang masa jer…ehehe”

“Bah, betul cakap Ayubi. Oklah, tengah malam sudah ni. inshaALLAH, kalau panjang umur, kita chat lagi, assalamualaikum.”

“okok, Wa’alaikumusalam.”

            Perbualan dengan Ayubi, banyak menyedarkan Aku. Meskipun usia kami berbeza empat tahun, tapi caranya berfikir seolah-olah lebih dewasa dari Aku.

  
“Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Menganggu keasyikan  
gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
 Pada DIA yang lebih sempurna”

            Lirik lagu ini menguatkan lagi tekadku untuk memburu cinta yang abadi. Cinta kepada manusia kadangkala dapat melalai insan yang berusaha untuk meraih cintaNya. Sememangnya bukan mudah untuk mendapatkan cinta dari Sang Khaliq, seandainya diri masih lagi dibelenggu oleh nikmat dunia yang bersifat sementara ini. Tetapi setiap manusia pasti akan dapat merasainya betapa manisnya sekiranya memperoleh Cinta daripada ALLAH dan RasulNya.

            “ Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menjadikan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar  terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” Surah Al-Rum ayat 21.

            Ingatlah pada janji Allah. DIA telah menjanjikan setiapa manusia yang tercipta pasti mempunyai pasangan sendiri. Tidak perlu tergesa-gesa untuk mencarinya, cepat atau lambat, yang pasti satu hari nanti, orang yang telah ditakdirkan menjadi pasangan kita pasti akan muncul.

            Sekarang, apa yang pasti, tujuan utamaku hanya untuk mencari redhaNya. Lagipun, Aku masih mempunyai ramai lagi orang yang selama ini berada dekat denganku. Keluarga dan Sahabat-sahabatku. Mereka sentiasa berada disampingku ketika susah dan senang. Kalau cerita pasal keluarga, mereka memang sentiasa berada dekat denganku, tapi bukan semua masalah dapat aku ceritakan dengan mereka. Sebab itulah ALLAH hadiahkan Aku dengan beberapa orang sahabat yang terlalu baik kepada Aku.

            Mukmin, Shahz, Zul, Muslim, Fik, Ayubi, Furqan,Nadz, Boy, Nur, dan Zahra. Merekalah yang berada di saat Aku jatuh. Mereka telah membantu Aku untuk berdiri semula. Mereka jugalah yang menyedarkan Aku. Sungguh, aku berasa bertuah memiliki mereka.  Hanya Allah yang tahu betapa Aku menyayangi dan mencintai mereka. Sekarang, Aku pasti, cintaku terhadap sahabat-sahabatku melebih cintaku kepada Si Dia yang pernah membuat Aku rebah. Bagiku, cukuplah dengan mencintai mereka semua, sudah membuat aku gembira.


(TAMAT…?)

No comments:

Post a Comment