Assalaamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh,
Allahumma
Solli ‘Ala Sayidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayidina Muhammad.
USRAH. Satu medan dakwah yang telah
menguatkan langkahku untuk berada di jalanNya, meneruskan perjuangan Kekasih
Tercinta, Rasulullah SAW, mengikuti jejak langkah Imam Hassan Al – Banna.
Bersama sahabat yang lain, memperjuangkan syiar Islam di sekolah tercinta, SMK
Batu Sapi. Di sekolah itulah kami di didik dan diajar untuk mendekati Islam.
Dipendekkan cerita, untuk entri blog kali ini, penulis akan menceritakan serba
sedikit mengenai usrah dan pengalaman berada dalam usrah itu sendiri.
“ John, kau dan si
Nidzamlah yang buat usrah. Boleh tu, aku yakin dengan kamu dua.” Kata sahabat
baikku, Nadjar.
“ Eya John, ramai tu
yang mahu kenal dan ikut usrah , ” Kata kembar si Nidzam, Faidzal
“ Isshh, tak mahulah.
Tidak mampu kami mau kendalikan usrah. Belum lagi layak sebenarnya, ”
Jawab Nidzam.
“ Eya, betul tu cakap
si Nidzam. Apa jak la yang kami tahu. Kalau mahu di bandingkan aku dan si
Nidzam dengan kau, Faidzal dan Fikri, memang jauh ketinggalan bha kami nie
Nadjar ” Jawabku kepada Nadjar .
“ Belum cuba belum tahu
lagi,” Jawab Fikri.
“ Tengoklah macam mana
bha, ” Jawab Nidzam
Perbualan kami ketika berada di Tingkatan Lima Bestari
merupakan saat paling tidak boleh dilupakan sehingga sekarang. Trio bertiga,
Nadjar, Faidzal, dan Fikri yang mencadangkan kepada kami berdua, iaitu Aku dan
Nidzam, untuk menyambung kembali usrah yang telah lama menyepi di sekolah kami.
Pada mulanya, kami memang keberatan untuk menghidupkan semula usrah di sekolah
kami. Sebabnya, kalau mahu dibandingkan Aku dan Nidzam dengan Trio bertiga itu,
kata orang macam langit dan bumi. Mereka bertiga sememangnya mempunyai
pengetahuan agama yang lebih luas lagi berbanding kami berdua. Jika mahu
dibandingkan Aku dan Nidzam pula, ibarat awan dan tanah, meskipun tak sehebat
Trio Bertiga tu, sekurang-kurangnya Nidzam juga mempunyai pengetahuan agama
yang lebih berbanding aku. Meskipun hubungan kami berlima memang tersangatlah
rapat, aku kadangkala terasa seperti jauh ketinggalan oleh mereka berempat. Setakat
menumpang nama saja dengan mereka.
Lebih kurang dua tahun kemudian, kami berlima berada di
Tingkatan Enam Atas dan berada di kelas yang sama. Ukhuwah yang terjalin
keranaNya, takkan terpisah keranaNya. Aku sendiri pun hairan, walaupun banyak
ujian yang menguji hubungan persahabatan kami namun sedikitpun tidak
menjejaskan hubungan kami berlima. Masih Aku ingat lagi, saat Aku dan Nadjar
bertelagah disebabkan perbezaan pendapat dalam kumpulan pembentangan kami.
Hampir tiga hari kami langsung tak bertegur sapa, tapi akhirnya berbaik semula.
Kalau dikenangkan semula, memang mencuit hati kerana disebabkan masalah kecil
saja, langsung tidak mahu bertegur sapa, duduk pun jauh – jauh lagi masa dalam
perbincangan dalam kumpulan.
Kem Remaja Islam 2013 ( KRIS ). Permulaan bagiku sebelum
mula menjejaki dalam dunia usrah. Masih teringat lagi masa mula – mula menjadi
Fasilitator KRIS, memang sedikit gementar, gemuruh dan takut. Semua perasaan
bercampur gaul. Ini semua disebabkan si Nidzam (hehe) . Dialah yang
mencadangkan namaku sebagai salah seorang AJK dalam KRIS. Nadjar dan Faidzal
juga turut menyokong untuk aku turut menjadi Fasilitator KRIS seperti mereka berempat.
Terdetik juga di hati, “ Bolehkah Aku menjadi fasi dalam program ini. Berdiri
sebaris dengan mereka. Pengalaman pun tiada, lainlah kalau mahu dibandingkan
dengan Nadjar, Nidzam, Fikri dan Faidzal, keupayaan mereka memang tidak dapat
diragukan lagi. Kalau soal pengetahuan agama, lagilah tidak boleh
dipersoalkan.” Namun, langkah tetap ku gagahi, meskipun pertama kali bergelar
Fasi. Masih Aku ingat lagi siapa adik – adik dalam kumpulanku. Antaranya,
Mazwan, Jalaludin, Aduqa, Saharul, Azri, Akher dan seorang lagi yang Aku tidak
ingat namanya ( hehehe ). Ada antara mereka yang bergelar adik usrah kami
sekarang. Siapakah mereka ? Akan diberitahu pada bab yang seterusnya.
Selepas berakhirnya KRIS, Nidzam telah menunjukkan minat
untuk menubuhkan usrah dengan syarat Aku bersama dengan dia. Bersama – sama
menghidupkan usrah semula. Nadjar dan
Fikri juga turut memberikan galakan kepada kami untuk menghidupkan
semula usrah yang telah lama menyepi di sekolah kami. Nidzam juga turut
memberikan idea yang ‘bernas’ dengan mencadangkan Aku untuk menjadi Naqib.
Sahabat yang lain juga turut setuju dengan cadangan itu. Tetapi Aku tidak
bersetuju. Jawatan Naqib bukanlah seperti jawatan Ketua Kelas atau Ketua
Pustakawan yang Aku pegang pada masa itu. Pada fikiranku, Nidzam lagi sesuai
untuk menjadi Naqib berbanding diriku yang serba kekurangan dan jahil ini.
Tiada kata sepakat yang dicapai pada masa itu. Masing – masing tidak mahu
menjadi Naqib. Akhirnya, idea untuk menghidupkan semula usrah di sekolah
terhenti untuk seketika.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment